Ahad, 7 Mei 2017

Rahsia Cincin Kayu




Sejak dari tadi Laksamana Hang Tuah mencuri-curi pandang sebentuk cincin yang terletak di jari Sami Sam Po Bo. Aneh seperti dia pernah melihatnya.

Hang Tuah memacu keras kudrat mindanya cuba mengingati bentuk dan warna cincin tersebut milik siapa sebelum ini.

Jeneral Hei Long juga terkejut apabila terpandang cincin yang berada di tangan sami Sam Po Bo. Hei Long hanya perasan ketika Sami Sam Po Bo menghalang tetakkan pedang Xeu Lang yang hampir hampir menebas kepalanya. Berdecing kuat apabila dua jenis senjata itu bertemu pedang Xeu Lang dan Tekpi milik Sami Sam Po Bo.

Cemas.

Kalau tidak sanggahan Sami Sam Po Bo kemungkinan Hei Long telah menjadi mayat ketika ini.
Masih segar diingatan Hei Long cincin itulah yang direndam di dalam segelas cawan putih ketika seseorang merawatnya dahulu.

Tiba- tiba Hang Tuah dalam keadaan kaget berbisik perlahan kepada Hang Jebat "mustahil?"
Jawab Hang Jebat dalam nada berbisik membalas pertanyaan Hang Tuah " Apa yang mustahilnya, Abang Tuah?"

Dengan menggunakan ekor matanya Hang Tuah memberi isyarat kepada Hang Jebat " cincin itu"

Hang Jebat merenung tajam ke arah cincin yang dimaksudkan saat itu juga matanya membutang terkejut "ah! Pendeta Adi Putra?".......

Mustahil.


gambar sekadar hiasan sumber: Google imej.